Lelaki maut selepas jalani pembedahan kosmetik besarkan alat sulit

Seorang lelaki maut selepas menjalani pembedahan kosmetik membesarkan alat sulit yang menelan belanja RM56,000. Foto hiasan
Seorang lelaki maut selepas menjalani pembedahan kosmetik membesarkan alat sulit yang menelan belanja RM56,000. Foto hiasan
A
A
A

TAIPEI - Seorang lelaki berusia 50 tahun di Taipei dilaporkan meninggal dunia hanya beberapa jam selepas menjalani prosedur kosmetik membesarkan alat sulit yang menelan belanja lebih NT$400,000 (RM56,000), lapor portal berita VnExpress pada Jumaat.

Menurut laporan itu, polis menahan pakar bedah terbabit yang sebelum ini pernah disabitkan kesalahan menyebabkan kematian dalam satu kes pembedahan lain.

Difahamkan, lelaki berkenaan hadir ke sebuah klinik estetik perubatan di daerah Zhongshan pada pagi 17 September lalu untuk menjalani pembedahan tersebut.

Mangsa diberi bius sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) dan prosedur selesai sebelum tengah hari.

Namun, ketika berada di bilik pemulihan, keadaan lelaki itu bertukar tenat.

Apabila kakitangan klinik memeriksanya sekitar jam 7 malam, mereka mendapati pesakit tidak lagi bernafas dan denyut nadinya terhenti.

Sebuah ambulans dipanggil, namun paramedik mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia sebaik tiba di tempat kejadian, lapor stesen televisyen TVBS.

Kematian mengejut itu menggemparkan keluarga mangsa yang bergegas ke klinik selepas dimaklumkan.

Saudara perempuannya dilaporkan bersemuka dengan kakitangan dan mempersoalkan sama ada doktor mematuhi prosedur keselamatan serta jika fasiliti tersebut benar-benar sesuai untuk menjalankan pembedahan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa memaklumkan, bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki 50 tahun di Taipei meninggal beberapa jam selepas menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan alat sulit dengan kos lebih RM56,000
  • Pakar bedah yang melakukan pembedahan itu ditahan oleh polis kerana terlibat dalam kes kematian sebelum ini
  • Pembedahan dilakukan di sebuah klinik estetik di daerah Zhongshan pada 17 September, dan prosedur selesai sebelum tengah hari
  • Keadaan mangsa bertukar tenat semasa di bilik pemulihan dan ditemui tidak bernafas pada jam 7 malam
  • Keluarga mangsa menuntut jawapan tentang pematuhan prosedur keselamatan dan kesesuaian fasiliti untuk pembedahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!