Fakrul Aiman kekal pendirian mengaku bunuh, bakar kekasih hamil

Muhammad Fakrul Aiman (tengah) diiringi polis dibawa ke mahkamah. Gambar fail
Muhammad Fakrul Aiman (tengah) diiringi polis dibawa ke mahkamah. Gambar fail
A
A
A

KLANG - Seorang penuntut yang didakwa membakar dan membunuh kekasih yang hamil di Sungai Besar dua tahun lepas, mengekalkan pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Semasa prosiding, peguam, Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, berkata, tertuduh masih berpendirian sedemikian biarpun diberitahu mengenai peruntukan hukuman dihadapinya.

Mendengar perkara berkenaan, Penolong Kanan Pendaftar, Luqman Abdul Haris menetapkan sebutan semula kes pada 10 Oktober depan.

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Nor memberitahu telah menasihati anak guamnya supaya mempertimbangkan hasrat berhubung pengakuan terbabit secara menyeluruh.

"Disebabkan dia masih mahu mengaku bersalah, maka mahkamah mengekalkan tarikh bicara pada tahun depan," katanya.

Sebelum ini mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 27 Oktober 2026.

Ia akan diteruskan pada 27 hingga 31 Oktober, 3 hingga 7 November, dan 10 hingga 14 November tahun ini untuk perbicaraan kes tersebut.

Pada 1 Jun 2023, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei tahun sama, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham berkaitan kehamilan di luar nikah dipercayai menjadi punca pelayan restoran itu dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang penuntut didakwa membakar dan membunuh kekasih hamil di Sungai Besar
  • Tertuduh mengakui bersalah di Mahkamah Tinggi Klang
  • Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Oktober
  • Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab
  • Perbicaraan kes dijadualkan pada tahun 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!