Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Pemandu lori direman dua hari

Pemandu lori yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang direman dua hari untuk membantu siasatan.
Pemandu lori yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang direman dua hari untuk membantu siasatan.
A
A
A

KAJANG - Pemandu lori yang ditahan berkaitan kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk) sehingga meragut nyawa seorang bayi lelaki pada Sabtu direman dua hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 42 tahun itu sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan.

"Siasatan bagi kes ini masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis juga telah merakam lima keterangan termasuk pemilik iaitu majikan lori terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini ahli keluarga bayi yang meninggal dunia dalam kemalangan itu iaitu ibu, nenek dan seorang lagi bayi telah telah keluar daripada Hospital Serdang.

"Penumpang X70 masih menerima rawatan di KPJ Kajang dan dua lagi mangsa iaitu kakitangan JKR masih mendapatkan rawatan di Hospital Kajang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemandu lori ditahan berkaitan kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang meragut nyawa bayi
  • Suspek berusia 42 tahun ditahan untuk membantu siasatan
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
  • Lima keterangan dirakam termasuk dari majikan lori
  • Ahli keluarga bayi telah keluar dari Hospital Serdang, manakala penumpang X70 dan dua kakitangan JKR masih mendapatkan rawatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!