Syria keluarkan waran tangkap terhadap Bashar Al-Assad

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Bashar al-Assad pada Sabtu atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011.
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Bashar al-Assad pada Sabtu atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011.
A
A
A

DAMSYIK - Waran tangkap telah dikeluarkan secara in absentia terhadap bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad pada Sabtu atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Hakim Penyiasat di Damsyik, Tawfiq al-Ali berkata, waran tangkap itu merangkumi pertuduhan pembunuhan terancang, penyeksaan sehingga membawa kepada kematian dan penafian kebebasan.

Keputusan kehakiman itu membuka ruang untuk menyebarkan waran tersebut melalui Organisasi Polis Antarabangsa (Interpol) dan membawa kes tersebut ke peringkat antarabangsa.

Langkah tersebut diambil sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah yang difailkan oleh keluarga mangsa di Daraa berhubung insiden yang berlaku pada 23 November 2011.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Waran tangkap dikeluarkan terhadap Bashar al-Assad atas pertuduhan berkaitan insiden Daraa 2011
  • Hakim Penyiasat menyatakan pertuduhan meliputi pembunuhan terancang, penyeksaan sehingga kematian dan penafian kebebasan
  • Keputusan membolehkan penyebaran waran tangkap melalui Interpol dan membawa kes ke peringkat antarabangsa
  • Langkah diambil sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah dari keluarga mangsa di Daraa
  • Tuntutan mahkamah itu berkaitan dengan insiden yang berlaku pada 23 November 2011

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!