[VIDEO] Menjelang Belanjawan 2026: Harapan pekebun durian, sawit dan getah

A
A
A

TEMERLOH - Menjelang Belanjawan 2026, golongan seperti pekebun kecil tidak terkecuali berharap agar kerajaan dapat terus membantu memperkasakan industri tanaman.

Bagi seorang pekebun durian, Khaidir Ahmad, 63, berkata, kerajaan diminta mewujudkan satu agensi khusus bagi memastikan industri tanaman durian terus menjana pendapatan buat negara.

Khaidir bersama hasil durian miliknya.
Khaidir bersama hasil durian miliknya.

“Kalau getah ada RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), sawit pula Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan nanas pun ada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB), industri tanaman durian pun perlu ada agensi khusus atau lembaga bagi memastikan industri ini terus kekal bertahan.

“Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada industri tanaman durian kerana ia merupakan industri berpotensi tinggi,” katanya yang memiliki keluasan dusun durian seluas 2.4 hektar.

Dolah Sam, Mohamed Marizie Sohaimi
Dolah Sam, Mohamed Marizie Sohaimi

Bagi pekebun kelapa sawit, Mohamed Marizi Sohaimi, 65, pula bersyukur dengan kestabilan harga sawit di pasaran pada masa ini.

Artikel Berkaitan:

“Cuma saya berharap pihak kerajaan menerusi Belanjawan 2026 dapat memberikan bantuan khas kepada pekebun kecil seperti bantuan anak pokok dan baja kerana kebanyakan pekebun mengeluarkan kos besar sendiri,” tambahnya yang mengusahakan kebun seluas 1.2 hektar di sini.

Sementara itu, bagi pekebun getah, Dolah Sam, 85, mengharapkan bantuan tanam semula dapat dipercepatkan.

“Sekarang harga getah RM3.60 sekilogram kalau jual pada RISDA dan berharap kerajaan dapat membantu untuk meningkatkan lagi harga memandangkan kos hidup kian meningkat,” tambahnya.

 

Ringkasan AI

  • Pekebun kecil berharap kerajaan dapat terus membantu memperkasakan industri tanaman menjelang Belanjawan 2026
  • Pekebun durian meminta kerajaan mewujudkan agensi khusus untuk industri durian agar dapat menjana pendapatan negara
  • Industri tanaman durian dilihat berpotensi tinggi dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan
  • Pekebun kelapa sawit bersyukur dengan kestabilan harga sawit dan berharap bantuan khusus seperti bantuan anak pokok dan baja
  • Pekebun getah mengharapkan kerajaan dapat meningkatkan harga getah dan mempercepatkan bantuan tanam semula

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!