Belanjawan 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi negeri - PM

Anwar (kiri) bercakap pada sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Anwar (kiri) bercakap pada sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, pada Sabtu. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
A
A
A

MELAKA - Penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri dan bukan hanya ditentukan di peringkat kementerian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendekatan itu penting, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.

"Setiap negeri ada kekuatan tersendiri. Seperti di Melaka, tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan dan pembuatan, kerana prestasi negeri ini sangat memberangsangkan,” kata beliau pada sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan dan Pembuatan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Banda Hilir, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata, keresahan rakyat akibat kos sara hidup perlu diambil kira, kerana terdapat jurang antara golongan elit dan bawahan.

"Kerana itu pengukuhan ekonomi itu tidak boleh diiktiraf dengan teori ekonomi tradisional, tetapi perlu dikaitkan dengan keperluan dan kebijaksanaan, bagi memastikan masyarakat kita dapat berkembang dan jalan yang diambil adalah munasabah, ringan dan tidak membebankan rakyat,” kata beliau.

Terdahulu sesi libat urus tersebut disertai kira-kira 150 pemain industri pelancongan dan pembuatan selain agensi kerajaan negeri dan Persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan disesuaikan dengan keutamaan ekonomi setiap negeri
  • Pendekatan ini bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar sambil mengambil kira keperluan rakyat
  • Di Melaka, tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan dan pembuatan
  • Perdana Menteri menyatakan keresahan rakyat akibat kos sara hidup perlu diambil kira
  • Pengukuhan ekonomi harus dikaitkan dengan keperluan dan kebijaksanaan untuk menyokong pembangunan masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!