Tengku Hassanal berjaya laksana terjun bebas 10,000 kaki

Tengku Hassanal melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki di Besut, Terengganu, semalam. - Foto FB Kesultanan Pahang
Tengku Hassanal melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki di Besut, Terengganu, semalam. - Foto FB Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN – Momen menegangkan namun penuh keberanian tercipta apabila Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya melaksanakan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki di Besut, Terengganu pada Khamis.

Lebih bermakna, terjunan yang memperlihatkan semangat jati diri dan keberanian tinggi itu disaksikan sendiri paduka ayahanda, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tengku Hassanal dipeluk Al-Sultan Abdullah sejurus mendarat. Foto FB Kesultanan Pahang.
Tengku Hassanal dipeluk Al-Sultan Abdullah sejurus mendarat. Foto FB Kesultanan Pahang.

Detik bersejarah berkenaan dikongsikan menerusi satu hantaran di facebook rasmi Kesultanan Pahang pada hari yang sama.

“Kejayaan tersebut dicatat menerusi Selective Training Record (STR) Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Gong Kedak.

“Tengku Hassanal melakukan dua kali terjunan, masing-masing pada jam 2.30 petang dan 4.15 petang.

“Baginda dilihat cukup berbangga dengan pencapaian tersebut yang bukan sahaja mencabar diri sendiri malah memerlukan disiplin, kawalan mental dan ketahanan fizikal,” menurut hantaran tersebut.

Pada masa sama, pencapaian itu turut memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berani mencuba perkara baharu serta menanam nilai keberanian dan ketabahan dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berjaya melaksanakan Latihan Penerjunan Bebas pada ketinggian 10,000 kaki di Besut Terengganu
  • Terjunan disaksikan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • Detik bersejarah itu dikongsi melalui hantaran Facebook rasmi Kesultanan Pahang
  • Kejayaan terjunan dicatat dalam Selective Training Record Latihan Kursus Pasukan Khas Udara di Pangkalan Udara Gong Kedak
  • Tengku Hassanal melakukan dua kali terjunan dan berbangga dengan pencapaian yang memerlukan disiplin, kawalan mental, dan ketahanan fizikal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!