Inisiatif Madani Prihatin bantu pesara polis, OKU dan asnaf di Pahang

Chon Siang (kanan) ditemani Azry melihat kotak makanan Madani Prihatin yang akan diserahkan kepada warga polis di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Alor Akar pada Jumaat. - Foto: SINAR HARIAN
Chon Siang (kanan) ditemani Azry melihat kotak makanan Madani Prihatin yang akan diserahkan kepada warga polis di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Alor Akar pada Jumaat. - Foto: SINAR HARIAN
A
A
A

KUANTAN – Polis Pahang menerima 1,000 kotak makanan daripada inisiatif Madani Prihatin untuk diagihkan kepada pelbagai kategori penerima termasuk pesara polis.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, setiap kotak makanan yang dianggarkan bernilai RM100 itu mengandungi barangan asas seperti beras, minyak masak, gula dan keperluan harian lain.

“Saya yakin sumbangan ini akan memberi manfaat besar kepada penerima, bukan sekadar dalam bentuk barangan makanan asas, tetapi juga sebagai simbol harapan dan tanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran hidup,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Kotak Makanan Madani Prihatin yang berlangsung di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Alor Akar, di sini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Dr Sim Chon Siang yang mewakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Azry memaklumkan bahawa sumbangan ini akan disalurkan kepada beberapa kategori penerima, termasuk pesara polis, pesakit kronik, pengantin baru, ibu atau bapa tunggal, balu dan orang kurang upaya (OKU).

“Golongan asnaf, pesakit terlantar, mualaf, keluarga yang mempunyai lima anak atau lebih, individu berpendapatan di bawah kadar purata 40 peratus serta pekerja pembersihan turut menerima bantuan ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penerima agar menghargai sumbangan Kotak Makanan Madani dengan sebaiknya.

“Gunalah barangan yang disediakan secara berhemah dan penuh rasa syukur.

Artikel Berkaitan:

“Elakkan sebarang pembaziran, kerana setiap rezeki yang dikurniakan ini adalah hasil keprihatinan dan kasih sayang daripada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Ringkasan AI

  • Polis Pahang menerima 1,000 kotak makanan dari inisiatif Madani Prihatin untuk diagihkan kepada pelbagai kategori penerima termasuk pesara polis
  • Setiap kotak makanan mengandungi beras, minyak masak, gula dan keperluan harian lain dengan anggaran bernilai RM100
  • Sumbangan itu diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada penerima sebagai simbol harapan
  • Sumbangan ini akan disalurkan kepada beberapa kategori penerima termasuk pesakit kronik, pengantin baru, ibu atau bapa tunggal, balu dan orang kurang upaya
  • Penerima disarankan menghargai dan menggunakan barangan sumbangan dengan berhemah dan penuh rasa syukur, mengelakkan pembaziran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!