Di mana Nur Atiqah?

KLANG - Seorang wanita dipercayai hilang sejak lebih seminggu lalu selepas keluar dari rumahnya di sekitar Kapar di sini.
Individu terbabit dikenali sebagai Nur Atiqah Abdul Hisham, 30, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 17 September lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes orang hilang itu kira-kira jam 9.32 pagi.
"Nur Atiqah keluar dari rumah yang beralamat di Jalan Jambu Meru, Kapar dan sehingga kini gagal dikesan.
"Mangsa berkulit kuning langsat, berketinggian 160 sentimeter dengan berat badan 85 kilogram," katanya pada Khamis.
Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32913344 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Sabarudin Yahya di 019-2326287 bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Seorang wanita bernama Nur Atiqah Abdul Hisham hilang sejak lebih seminggu lalu dari rumahnya di Kapar, Klang
- Berusia 30 tahun, tidak pulang ke rumah sejak 17 September
- Laporan orang hilang diterima oleh pihak polis jam 9.32 pagi
- Nur Atiqah mempunyai ciri-ciri berkulit kuning langsat, tinggi 160 sentimeter dan berat 85 kilogram
- Orang ramai diminta untuk memberikan maklumat kepada IPD Klang Utara atau Sarjan Sabarudin Yahya bagi membantu siasatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

