Lelaki disyaki ada masalah mental lemas terjatuh benteng ombak

Mayat lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditemukan lemas selepas terjatuh dari benteng penahan ombak di Pantai Kemayang, Bachok.
Mayat lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditemukan lemas selepas terjatuh dari benteng penahan ombak di Pantai Kemayang, Bachok.
A
A
A

BACHOK – Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental ditemukan lemas selepas terjatuh dari benteng penahan ombak di Pantai Kemayang di sini pada Khamis.

Mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan oleh orang awam dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Ibrahim Mohd Rohni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dari BBP Bachok digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 12.37 tengah hari, mangsa berusia 38 tahun sudah ditemui orang awam.

“Pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.03 petang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman mengesahkan kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai mempunyai masalah mental lemas di Pantai Kemayang, Bachok
  • Mangsa ditemukan oleh orang awam selepas terjatuh dari benteng penahan ombak pagi Khamis
  • BombA dan Penyelamat Bachok digerakkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan
  • Kematian mangsa disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mayat diserahkan kepada polis
  • Mayat dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!