Pikap 'terbang' hempap lima kereta di simpang lampu isyarat, pemandu disyaki mabuk

Keadaan kereta pikup yang menghempap sebuah kereta Peroda Axia dalam kemalangan terbabit.
Keadaan kereta pikup yang menghempap sebuah kereta Peroda Axia dalam kemalangan terbabit.
A
A
A

MELAKA – Gara-gara dipercayai mabuk, seorang pemandu pikap hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah–Melaka–Jasin (AMJ), Cheng, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, enam individu cedera ringan telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu datang dari arah Bandar Melaka menghala ke arah Cheng sebelum melanggar pembahagi jalan.

Dua kereta BMW yang turut terlibat dalam nahas terbabit.
Dua kereta BMW yang turut terlibat dalam nahas terbabit.

“Kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh dua kereta BMW, Perodua Axia, Perodua Myvi dan sebuah Nissan Almera.

"Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada juga mangsa yang mengalami cedera parah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang berada di lokasi melihat kemalangan melibatkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah–Melaka–Jasin (AMJ), Cheng, awal pagi Khamis.
Orang ramai yang berada di lokasi melihat kemalangan melibatkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah–Melaka–Jasin (AMJ), Cheng, awal pagi Khamis.

“Laporan penuh masih menunggu kerana mangsa sedang mendapatkan rawatan," ujarnya.

Terdahulu tular beberapa gambar dan video mengenai nahas kemalangan itu yang memaparkan kenderaan pikup itu dari arah bertentangan didapati hilang kawalan dan menghempapkan kenderaan lain.

Ringkasan AI

  • Pemandu pikap dipercayai mabuk hilang kawalan dan merempuh lima kenderaan di Lebuh Alor Gajah–Melaka–Jasin
  • Enam individu cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Melaka
  • Kenderaan terlibat termasuk dua kereta BMW, Perodua Axia, Perodua Myvi dan sebuah Nissan Almera
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!