Rempuh lampu isyarat, kepala lelaki tersangkut hampir sejam

Seorang lelaki menjadi tular selepas kepalanya tersangkut hampir sejam dalam sebuah lampu isyarat. Foto Agensi
Seorang lelaki menjadi tular selepas kepalanya tersangkut hampir sejam dalam sebuah lampu isyarat. Foto Agensi
A
A
A

CHENGDU – Seorang lelaki di China menjadi tular selepas kepalanya tersangkut hampir sejam dalam sebuah lampu isyarat, selepas dia merempuh struktur tersebut dengan skuter elektrik yang ditunggangnya.

Insiden aneh itu berlaku di bandar Chengdu bulan lalu apabila mangsa, yang menunggang laju, terlanggar lampu isyarat berkenaan hingga menyebabkan kepalanya tersangkut di dalam kotak besi berkenaan.

Pasukan bomba dipanggil untuk membantu dan mengambil masa kira-kira 40 minit memotong struktur logam itu sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat.

Lelaki tersebut dibawa ke hospital dan dilaporkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan ringan.

Namun, mangsa kini berdepan 'kesakitan' lain apabila menjadi bahan jenaka dalam talian, dengan pengguna media sosial menggambarkan kejadian itu sebagai 'dia selamat, tapi lampu yang jadi mangsa' dan ada yang menyamakan mangsa dengan adiwira Green Lantern.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • CHENGDU - Seorang lelaki di China tersangkut kepalanya dalam lampu isyarat selepas merempuh dengan skuter elektrik
  • Insiden berlaku di bandar Chengdu bulan lalu ketika menunggang laju
  • Pasukan bomba mengambil masa 40 minit memotong struktur logam untuk menyelamatkannya
  • Mangsa dibawa ke hospital dan pulih sepenuhnya dari kecederaan ringan
  • Mangsa menjadi bahan jenaka dalam talian selepas insiden tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!