Korban nahas pesawat kargo tentera di Iran meningkat 15

 Pesawat kargo tentera itu terbakar dan mengorbankan 15 penumpang. - Foto AFP
Pesawat kargo tentera itu terbakar dan mengorbankan 15 penumpang. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - IRAN.Angka korban nahas pesawat kargo tentera yang terbabas dari landasan lalu terbakar ketika mendarat cemas di sebuah lapangan terbang berhampiran Teheran hari ini, kini meningkat 15 orang.

Menurut laporan tentera Iran, pesawat berkenaan yang membawa bersama 16 penumpang, dipercayai terkeluar dari landasan sebelum melanggar tembok lalu terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Fath, wilayah Alborz dalam keadaan cuaca buruk.

"Pesawat kargo tentera Boeing 707 membawa muatan daging dari ibu negara Kyrgyzstan di Bishkek dilaporkan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Fath hari ini..seorang jurutera penerbangan yang terselamat telah dibawa ke hospital," kata kenyataan tentera.

Terdahulu, seorang jurucakap Penerbangan Awam Iran memaklumkan bahawa pesawat itu milik Kyrgyzstan, manakala seorang jurucakap Lapangan Terbang Manas, Kyrgyzstan berkata pesawat itu adalah milik Payam Air di Iran. - Reuters/AFP

Artikel Berkaitan: