Premis pelacuran sasar pemandu lori, pekerja asing dibongkar

Premis dibahagikan kepada beberapa unit bilik.
Premis dibahagikan kepada beberapa unit bilik.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Sebuah premis pelacuran yang berselindung di kawasan rumah kedai di Taman Perindustrian Pulau Indah di sini dibongkar menerusi operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor pada Rabu.

Difahamkan, premis tersebut menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada pemandu lori tempatan serta pekerja warga asing di kawasan sekitar.

Sumber berkata, kegiatan pelacuran itu dikesan menggunakan sistem 'coding' untuk mengenal pasti pelacur dengan bayaran seks ditawarkan antara RM150 hingga RM300 bagi setiap perkhidmatan.

"Pelacur terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang mana mereka ini dipercayai menyewa bilik antara RM400 hingga RM700 sebulan di tingkat tiga blok bangunan tersebut.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati premis ini diubah suai dengan dibahagikan kepada 13 bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa," katanya.

Katanya, premis turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dari aras bawah hingga tingkat tiga.

"Premis ini dipercayai dikawal tonto di laluan masuk bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

"Semasa serbuan dilakukan, semua pelacur berjaya melarikan diri selepas dimaklumkan tonto mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pegawai imigresen menunjukkan ruangan dalam premis yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di kawasan perindustrian Pulau Indah di sini.
Pegawai imigresen menunjukkan ruangan dalam premis yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di kawasan perindustrian Pulau Indah di sini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kegiatan tersebut beroperasi lebih enam bulan dengan waktu operasi bermula lewat petang hingga tengah malam.

"Pemeriksaan turut menemukan makanan dan pakaian berselerakan selain kondom serta tisu basah dipercayai digunakan bagi tujuan pelacuran.

"Kegiatan didalangi warga tempatan ini turut dipercayai mengeksploitasi wanita asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tinggal lebih masa," katanya.

Jelasnya, pemeriksaan di tingkat dua turut menemui sebuah stor menyimpan arak seludup dipercayai untuk kegunaan pelanggan.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi membanteras kegiatan berkenaan.

"Semakan menyeluruh akan dilakukan, namun tiada tangkapan dibuat kerana operasi digagalkan kawalan tonto serta pemasangan CCTV.

"Penguatkuasaan akan dilakukan secara berterusan selain kerjasama melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan kegiatan tidak bermoral ini tidak lagi dijalankan," katanya.

Ringkasan AI

  • Premis pelacuran di Pulau Indah dibongkar oleh Jabatan Imigresen Malaysia Selangor
  • Sasar pelanggan pemandu lori tempatan dan pekerja asing dengan bayaran seks RM150 hingga RM300
  • Pelacur terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam, dan Myanmar yang menyewa bilik RM400 hingga RM700 sebulan
  • Premis dilengkapi dengan 13 bilik berhawa dingin dan kamera CCTV untuk keselamatan
  • Aktiviti pelacuran beroperasi lebih enam bulan dan didalangi warga tempatan, menggunakan wanita asing menyalahgunakan pas lawatan sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!