Delegasi keluar dari Perhimpunan Agung PBB sebelum ucapan Netanyahu

ISTANBUL - Dalam satu tindakan protes luar biasa, majoriti delegasi negara meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, sejurus sebelum Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memulakan ucapannya, lapor Anadolu Ajansi.
Netanyahu mula menyampaikan ucapannya pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung pada 1300 GMT.
Tindakan keluar beramai-ramai itu adalah sebagai membantah genosid berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Bernama
Ringkasan AI
- Majoriti delegasi negara meninggalkan dewan Perhimpunan Agung PBB sejurus sebelum Perdana Menteri Israel memulakan ucapannya
- Netanyahu menyampaikan ucapannya pada sesi ke-80 Perhimpunan Agung
- Aksi keluar beramai-ramai sebagai protes
- Protes terhadap genosid berterusan Israel di Semenanjung Gaza
- Lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah meragut sejak Oktober 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
