SPRM buka kertas siasatan pendedahan baharu Albert Tei

Azam.
Azam.
A
A
A

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung pendedahan terbaharu ahli perniagaan, Albert Tei mengenai skandal perlombongan di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau telah mengarahkan SPRM Sabah untuk melanjutkan siasatan berdasarkan maklumat terbaharu yang didedahkan.

“Berhubung pendedahan video terbaharu oleh Albert Tei seperti yang disiarkan portal Malaysiakini pada hari ini (Rabu), saya ingin menjelaskan bahawa SPRM Sabah sememangnya telah membuka kertas siasatan.

“Siasatan mengenai isu tersebut sedang dijalankan. Saya juga telah mengarahkan agar kedua-dua individu yang terlibat dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, SPRM akan berusaha menyelesaikan siasatan itu secepat mungkin dengan penuh teliti dan berintegriti.

Menurut Azam, beliau menyeru semua pihak supaya bersabar dan memberikan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara profesional.

“Sebarang spekulasi yang tidak berasas hanya akan mengganggu proses siasatan serta menjejaskan kepercayaan awam terhadap usaha pencegahan rasuah di negara ini.

“SPRM komited menjalankan tugas secara bebas, telus dan berlandaskan undang-undang demi memastikan keadilan ditegakkan,” ujarnya.

Portal berita itu melaporkan pendedahan dibuat Albert berhubung rakaman video perbualannya dengan seorang ahli politik di Sabah yang didakwa menerima bayaran terbesar.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Albert adalah antara tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu berkaitan kes rasuah melibatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.

Ringkasan AI

  • SPRM membuka kertas siasatan berhubung pendedahan terbaharu Albert Tei tentang skandal perlombongan di Sabah
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengarahkan SPRM Sabah untuk melanjutkan siasatan berdasarkan maklumat baru
  • SPRM akan memanggil kedua-dua individu yang terlibat untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan
  • SPRM berusaha menyelesaikan siasatan secepat mungkin dengan penuh teliti dan berintegriti
  • SPRM komited menjalankan tugasnya secara bebas, telus dan berlandaskan undang-undang untuk memastikan keadilan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!