Masjid tahfiz pertama dibina di Pulau Buih

PASIR MAS - Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih, Kangkong di sini yang bakal menjadi masjid tahfiz pertama memerlukan dana sebanyak RM13.7 juta bagi menampung kos pembinaan sehingga siap sepenuhnya.
Pengerusinya, Zulta Ayub Daud berkata, projek itu akan dibangunkan sebagai kompleks lengkap yang mampu memuatkan sehingga 600 jemaah pada satu-satu masa.
“Alhamdulillah, setakat ini pihak pengurusan telah menerima infaq sebanyak RM2.2 juta daripada orang ramai untuk tujuan pembinaan.
“Namun jumlah itu masih jauh daripada kos keseluruhan yang diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, selain masjid, kemudahan lain yang akan dibangunkan termasuk kuarters, parkir, tandas, padang, dataran, dewan makan, dewan terbuka, pendawaian elektrik, sistem pembesar suara serta tempat wuduk.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar bersama-sama membantu merealisasikan pembinaan masjid tahfiz berkenaan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam 03120010014936 (Masjid Tahfiz Al-Ayubi) atau menghubungi talian 012-9519426.
Ringkasan AI
- Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Pasir Mas memerlukan dana RM13.7 juta untuk pembinaan sepenuhnya
- Kapasiti masjid ini dapat memuatkan sehingga 600 jemaah
- Setakat ini, telah terkumpul infaq sebanyak RM2.2 juta dari orang ramai
- Kemudahan lain termasuk kuarters, parkir, tandas, dataran dan sistem pembesar suara
- Masyarakat umum diseru untuk menyumbang bagi merealisasikan pembangunan masjid tahfiz ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

