#AyamBersamaMu didik pemakanan sihat

Ayam Brand™ dengan kerjasama Sunway XFarms menghimpunkan 60 kanak-kanak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Rumah Kebajikan & Anak Yatim Darul Najjah untuk aktivti pembelajaran interaktif sempena #AyamBersamaMu.
Ayam Brand™ dengan kerjasama Sunway XFarms menghimpunkan 60 kanak-kanak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Rumah Kebajikan & Anak Yatim Darul Najjah untuk aktivti pembelajaran interaktif sempena #AyamBersamaMu.
A
A
A

JENAMA isi rumah dengan warisan lebih 130 tahun, Ayam Brand™ terus menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti bersama Sunway XFarms menerusi penganjuran #AyamBersamaMu.

Ketua Pemasaran Ayam Brand™, Teoh Wei Ling berkata, pemakanan dan pendidikan adalah dua perkara yang saling melengkapi demi membina asas lebih kukuh untuk masa depan.

“Melalui #AyamBersamaMu, kami mahu kanak-kanak untuk memahami kepentingan pemakanan sihat sambil membantu menangani keperluan makanan asas dalam komuniti,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sunway XFarms, Afdhal Nayan, kerjasama dengan Ayam Brand™ menunjukkan bahawa sinergi kolaborasi boleh melahirkan impak yang lebih besar.

“Dengan menggabungkan pemakanan sihat bersama pertanian lestari, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak melalui ilmu praktikal, sambil memastikan komuniti mendapat akses kepada makanan berkhasiat,” ujarnya.

Tahun ini, program #AyamBersamaMu meraikan seramai 60 kanak-kanak kurang bernasib baik untuk menyertai aktiviti pembelajaran interaktif yang merangkumi pemakanan sihat, pertanian lestari dan aktiviti menyeronokkan.

Inisiatif tersebut turut diperluas melalui pengagihan bantuan makanan ke seluruh negeri dengan kerjasama NGO, Food Aid Foundation yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 penerima.

#AyamBersamaMu merupakan kesinambungan program tanggungjawan sosial korporat (CSR) tahunan yang bertujuan memastikan akses makanan berkhasiat sampai kepada mereka yang memerlukannya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenama Ayam Brand meneruskan komitmen kepada kesejahteraan komuniti melalui program #AyamBersamaMu bersama Sunway XFarms
  • Program ini bertujuan mendidik kanak-kanak tentang pemakanan sihat dan menangani keperluan asas makanan dalam komuniti
  • Kerjasama antara Ayam Brand dan Sunway XFarms menekankan pada sinergi kolaborasi untuk impak yang lebih besar, merangkumi pemakanan sihat dan pertanian lestari
  • Seramai 60 kanak-kanak kurang bernasib baik dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran interaktif yang merangkumi pemakanan sihat dan pertanian lestari
  • Inisiatif #AyamBersamaMu juga melibatkan pengagihan bantuan makanan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, memberi manfaat kepada lebih 1,000 penerima

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!