Kerani didenda RM500, tinggi suara kepada Ketua Polis Perak

Seorang kerani didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh terhadap Ketua Polis Perak.
Seorang kerani didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh terhadap Ketua Polis Perak.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan meninggikan suara terhadap Ketua Polis Perak dalam kejadian Mei lalu.

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan juga memerintahkan tertuduh, Abang Fikri Abang Mohd Tawfik, 37, menjalani hukuman penjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh yang bertugas sebagai kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam Pejabat Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak jam 1.30 tengah hari pada 26 Mei 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 90 Akta Polis yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Nishaalini manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G Harbhajan Singh.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah datang ke IPK Perak untuk berjumpa dengan Ketua Polis Perak bagi mengetahui status kertas siasatan tatatertib yang dibuka terhadapnya pada tahun 2017.

Tertuduh bertindak melulu masuk ke Pejabat Ketua Polis Perak dan mengamuk sebelum meninggikan suara kepada Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Laporan polis dibuat terhadap lelaki itu dengan tangkapan dilakukan pada hari sama.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh
  • Jika gagal bayar denda, lelaki itu akan dihukum penjara tujuh hari
  • Tertuduh merupakan kerani di IPD Ipoh dan melakukan kesalahan di Pejabat Ketua Polis Perak
  • Kesalahan berdasarkan Seksyen 90 Akta Polis yang membenarkan hukuman denda atau penjara
  • Tertuduh mengamuk di pejabat Ketua Polis Perak kerana ingin tahu status kertas siasatan tatatertibnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!