Polis buru suspek kes narkotik terjun tingkat dua Mahkamah Langkawi

Polis kini giat menjalankan operasi memburu Abas.
Polis kini giat menjalankan operasi memburu Abas.
A
A
A

LANGKAWI – Seorang lelaki yang baru selesai menghadapi pertuduhan berkaitan kes narkotik bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bangunan Mahkamah Langkawi, dalam kejadian pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Samsulmuddin Sulaiman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.35 pagi melibatkan suspek dikenali sebagai Abas Saari, 22.

“Pakaian terakhir suspek ialah baju T berwarna putih dan seluar pendek oren. Suspek baru selesai dituduh serta berada dalam keadaan tidak bergari.

“Dia bertindak terjun dari tingkat dua bangunan mahkamah sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Samsulmuddin, polis kini giat menjalankan operasi memburu suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223 serta 224 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek supaya segera menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di talian 04-9663999.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki melarikan diri dari Mahkamah Langkawi dengan terjun dari tingkat dua
  • Kejadian berlaku pada pagi Isnin sekitar jam 11.35
  • Suspek dikenali sebagai Abas Saari, berumur 22 tahun
  • Polis sedang menjalankan operasi memburu suspek
  • Orang awam diseru untuk memberi maklumat kepada polis mengenai keberadaan suspek

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!