Kerajaan negeri punyai kuasa mutlak tentukan siapa boleh masuk Sabah -Hajiji

Hajiji ketika merasmikan Program Kedai Jujur 2025 du Sekolah Kebangsaan Mutiara, Kota Kinabalu.
Hajiji ketika merasmikan Program Kedai Jujur 2025 du Sekolah Kebangsaan Mutiara, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kemasukan individu ke Sabah, termasuk isu yang dibangkitkan oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Albert Tei.

Perkara itu dijelaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bagi menjawab persoalan individu tersebut melalui kenyataan dari peguamnya pada Isnin selepas tidak dibenarkan masuk ke Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak.

"Tetapi tindakan hanya diambil setelah menerima laporan dan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kedai Jujur 2025 di Sekolah Kebangsaan Mutiara, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung isu yang dibangkitkan Albert yang datang ke Sabah bagi menghadiri prosiding di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu bagi pertuduhan rasuah yang dihadapinya bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai isu bencana alam banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan 13 nyawa baru-baru ini, beliau berkata, sama ada mereka layak menerima manfaat daripada Skim Insurans Rakyat Sabah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, masih dalam semakan.

"Saya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menyalurkan bantuan berkaitan kematian daripada skim insurans tersebut. Jadi, saya akan semak dan pastikan sama ada mereka layak atau tidak," katanya.

Menurutnya, walaupun keputusan mengenai skim insurans itu masih diteliti, kerajaan telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga mangsa.

"Daripada pihak kerajaan, kita sudah pun memberi bantuan melalui Yayasan Kebajikan Sabah, iaitu RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia. Selain itu, kerajaan negeri juga menyalurkan RM10,000," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menambah, pemeriksaan lanjut akan dibuat bagi memastikan sama ada skim insurans itu turut meliputi mangsa kejadian berkenaan.

 

 

Ringkasan AI

  • Kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kemasukan individu ke negeri tersebut
  • Tindakan kemasukan individu diambil setelah menerima maklumat lengkap daripada pihak keselamatan
  • Isu dibangkitkan oleh Datuk Albert Tei berkaitan dengan keengganan kebenaran masuk ke Sabah untuk menghadiri prosiding mahkamah
  • Bantuan segera telah disalurkan kepada keluarga mangsa bencana alam melalui Yayasan Kebajikan Sabah dan kerajaan negeri
  • Pemeriksaan lanjut akan dibuat untuk memastikan mangsa bencana alam layak menerima manfaat dari Skim Insurans Rakyat Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!