Remaja dibunuh kekasih berstatus suami orang selepas minta iPhone

LAMPUNG TENGAH – Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki membunuh teman wanitanya yang masih bersekolah menengah akibat pertengkaran berkaitan sebuah telefon pintar iPhone.
Ketua Polis Lampung Tengah, AKBP Alsyahendra berkata, suspek dikenali sebagai S, yang berstatus suami orang, dipercayai membunuh mangsa berusia 15 tahun dikenali sebagai A, pada 15 September 2025.
Kejadian berlaku selepas mangsa meminta sebuah iPhone bernilai 8 juta rupiah (RM2,000).
Namun, suspek hanya mampu memberikan wang 3 juta rupiah (RM750), menyebabkan mangsa marah lalu membaling wang itu ke wajahnya.
Pertengkaran memuncak sehingga suspek mengambil sebatang kayu dan memukul mangsa hingga tidak sedarkan diri.
Mayat mangsa kemudian ditemukan di sungai Kampung Gunung Batin Udik, Daerah Terusan Nunyai, Lampung Tengah.
Menurut polis, selepas kejadian, suspek menyesali tindakannya dan cuba mengakhiri hidup dengan menelan racun, namun berjaya diselamatkan ahli keluarga sebelum dibawa ke hospital.
“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut termasuk motif sebenar serta kronologi penuh kes ini,” kata Alsyahendra.
Ringkasan AI
- Lelaki berusia 42 tahun ditahan atas tuduhan membunuh teman wanitanya yang berusia 15 tahun kerana pertengkaran tentang iPhone
- Suspek dikenali sebagai S, adalah suami orang dan membunuh mangsa, A, pada 15 September 2025
- Mangsa meminta iPhone bernilai 8 juta rupiah tetapi suspek hanya mampu memberi 3 juta rupiah
- Pertengkaran memuncak hingga suspek memukul mangsa menggunakan kayu sehingga tidak sedarkan diri
- Mayat mangsa ditemukan di sungai Kampung Gunung Batin Udik, suspek cuba bunuh diri tetapi diselamatkan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

