Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada waris anggota TUDM lemas

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 6 petang Isnin untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin. Foto Facebook Kesultanan Pahang
Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 6 petang Isnin untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin. Foto Facebook Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Laskar Udara 1, Muhammad Daniel Khairul Azha yang lemas di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, Padawan, Sarawak, semalam.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan sumbangan itu disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan di sini, petang Isnin.

Sumbangan disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya kepada bapa Allahyarham, Khairul Azha Osman di Pangkalan Udara Kuantan, petang Isnin. Foto Facebook Kesultanan Pahang

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 6 petang Isnin untuk dibawa pulang ke rumah di Felda Keratong 08, Muadzam Shah, Rompin.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Keratong 08 mengikut istiadat ketenteraan malam ini.

Muhammad Daniel berkhidmat di Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching, Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sultan Pahang mengurniakan sumbangan kepada waris anggota TUDM yang lemas di Sarawak
  • Sumbangan disampaikan di Pangkalan Udara Kuantan
  • Jenazah tiba di Pangkalan Udara Kuantan untuk dibawa pulang
  • Di tanam di Tanah Perkuburan Felda Keratong 08 dengan istiadat ketenteraan
  • Muhammad Daniel adalah anggota Cawangan Bomba Pangkalan Udara Kuching

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!