BUDI95: Tindakan berprinsip, prihatin kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail Bernama
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyasaran subsidi petrol RON95 melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

"Sebagai sebahagian daripada kepimpinan negara, saya melihat keputusan ini sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.

"Insya-ALLAH, kita akan terus mendukung usaha Kerajaan demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Melalui inisiatif BUDI95, harga RON95 untuk rakyat Malaysia dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.

Selain itu, hanya rakyat Malaysia akan menikmati subsidi ini manakala bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang BUDI MADANI RON95
  • Keputusan itu dilihat sebagai tindakan berprinsip dan memperhatikan kesejahteraan rakyat
  • Inisiatif BUDI95 akan mengurangkan harga RON95 untuk rakyat Malaysia dari RM2.05 seliter ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025
  • Hanya rakyat Malaysia yang akan menikmati subsidi ini
  • Bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!