Kes Zara Qairina: Didakwa hina mahkamah, Shafie Apdal diberi surat tunjuk sebab

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi kes prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Mahkamah Koroner di sini hari ini membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, diterima sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang dijadual bermula pada 2 petang.
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi kes prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir. Mahkamah Koroner di sini hari ini membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, diterima sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues yang dijadual bermula pada 2 petang.
A
A
A

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang didakwa menghina mahkamah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu dalam satu ucapan di Sandakan sebelum ini antara lain menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai satu pembunuhan, selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Koroner Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan notis berkenaan selepas tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh pihak terlibat, termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues.

Permohonan itu dikemukakan peguam Datuk Ram Singh pada prosiding tertutup hari ini.

Ram merupakan salah seorang peguam yang mewakili Pelajar A, iaitu individu yang sebelum ini didakwa mengeluarkan kata-kata mencela arwah Zara Qairina.

Sementara itu, peguam Azhier Farhan Arisin ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut. - Awani

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Koroner mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
  • Datuk Seri Mohd Shafie Apdal didakwa menghina mahkamah berkaitan kenyataannya pada inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir
  • Shafie menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai pembunuhan dan mempersoalkan tatacara siasatan polis serta pakar patologi forensik
  • Notis tersebut dikeluarkan oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan tanpa bantahan dari pihak terlibat termasuk Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya
  • Permohonan surat tunjuk sebab diajukan oleh peguam Datuk Ram Singh yang mewakili individu didakwa mencela arwah Zara Qairina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!