Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober

Tengku Amir Shah dan Cik Afzaa Fadini bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 2 Oktober depan.
Tengku Amir Shah dan Cik Afzaa Fadini bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 2 Oktober depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan anakanda Baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Oktober depan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, Istiadat Pernikahan Diraja itu akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada Khamis, bersamaan 10 Rabi’ul Akhir 1447 Hijrah.

"Sementara itu, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober depan, bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447 Hijrah.

"Bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis, satu Majlis Bacaan Yasin serta doa selamat akan dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 September ini di seluruh masjid di Selangor.

"Pada tarikh sama, Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam," katanya menerusi kenyataan di Selangor Royal Office pada Isnin.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklumkan pernikahan anakanda Baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz pada 2 Oktober
  • Istiadat Pernikahan Diraja akan berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang
  • Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober
  • Majlis Bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan oleh JAIS pada 25 September di seluruh masjid di Selangor
  • Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah akan hadir ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada tarikh sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!