Pengiktirafan Palestin sahkan Israel tiada kedaulatan atas tanah diduduki - Diplomat

Seorang penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin semasa menyertai perarakan yang menuntut pengiktirafan negara Palestin dan penghentian pembunuhan beramai-ramai di Paris pada 21 September 2025. Foto AFP
Seorang penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin semasa menyertai perarakan yang menuntut pengiktirafan negara Palestin dan penghentian pembunuhan beramai-ramai di Paris pada 21 September 2025. Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka oleh United Kingdom (UK), Australia dan Kanada sekali lagi mengesahkan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, kata Timbalan Menteri Luar Palestin, Omar Awadallah kepada RIA Novosti pada Ahad.

Terdahulu pada hari sama, UK, Australia dan Kanada secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin.

Pada Sabtu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut mengesahkan bahawa Perancis akan mengiktiraf negara Palestin pada 22 September sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Awadallah berkata, pengiktirafan itu adalah hasil daripada proses yang dibina melalui usaha diplomatik selama bertahun-tahun.

"Selain itu, langkah pengiktirafan ini dibuat ketika berlakunya genosid terhadap rakyat Palestin dan serangan Israel terhadap hak-hak rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis,” katanya dalam satu temu bual.

Dengan keputusan ini, negara-negara berkenaan menyatakan bahawa terdapat cara praktikal untuk mencapai penyelesaian dua negara, iaitu melalui pengiktirafan sebuah negara Palestin.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka mahu negara Palestin menjadi sebahagian daripada rantau Timur Tengah kerana penubuhannya akan membawa keselamatan, kestabilan dan keamanan.

Oleh itu, pengiktirafan ini mengesahkan tanpa sebarang keraguan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, dan bahawa semua negara yang sebelum ini mengiktiraf Israel hanya mengiktirafnya dalam sempadan 1967, di luar wilayah Palestin yang diduduki,” kata Awadallah.

Beliau berkata, perkara itu bertentangan dengan dasar pendudukan Israel yang melibatkan rampasan tanah secara paksa, tindakan "pengilhakan” wilayah Palestin atau cubaan mengenakan kedaulatan Israel ke atasnya.

Artikel Berkaitan:

Awadallah turut menegaskan bahawa jenayah yang dilakukan Israel, yang kini dianggap sebagai negara penyangak, telah mendorong banyak negara untuk mengambil langkah lebih pantas dalam melaksanakan penyelesaian dua negara. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

 

 

 

Ringkasan AI

  • UK, Australia, dan Kanada mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka, mengesahkan Israel tidak mempunyai kedaulatan atas wilayah Palestin yang diduduki
  • Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan Perancis akan mengiktiraf negara Palestin pada 22 September
  • Pengiktirafan ini adalah hasil usaha diplomatik bertahun-tahun dan dibuat ketika berlaku genosid dan serangan terhadap rakyat Palestin
  • Negara-negara pengiktiraf ingin Palestin menjadi sebahagian daripada Timur Tengah untuk membawa keselamatan, kestabilan, dan keamanan
  • Pengiktirafan mengesahkan pengiktirafan Israel hanya dalam sempadan 1967 dan menentang tindakan pengilhakan Israel ke atas wilayah Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!