Lelaki pukul kekasih kerana cemburu ditahan polis

Seorang lelaki yang memukul teman wanitanya gara-gara cemburu diberkas polis di sini pada Jumaat.
Seorang lelaki yang memukul teman wanitanya gara-gara cemburu diberkas polis di sini pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki yang memukul teman wanitanya gara-gara cemburu diberkas polis di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek ditahan kira-kira jam 9 malam di hadapan sebuah kondominium.

"Suspek berusia 29 tahun telah direman tiga hari.

"Suspek berjaya ditahan malam tadi dan reman tiga hari sehingga Isnin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

"Ujian air kencing terhadap suspek juga akan dibuat bagi mengetahui sama ada terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau tidak," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan tindakan suspek yang memukul kekasihnya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang pada Khamis.

Mangsa berusia 30 tahun dilaporkan mengalami cedera di badan.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat perasaan cemburu apabila suspek mendakwa kekasihnya mempunyai hubungan dengan individu lain.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki memukul teman wanitanya kerana cemburu di Klang
  • Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan polis di hadapan sebuah kondominium
  • Ditahan pada jam 9 malam pada Jumaat dan direman tiga hari
  • Siasatan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan
  • Mangsa berusia 30 tahun mengalami cedera di badan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!