Rapid Bus beri kerjasama penuh siasatan insiden Jalan Kuchai Maju

Laporan Sinar Harian berhubung seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah van ketika sedang melintas jalan di persimpangan Jalan Kuchai Maju.
Laporan Sinar Harian berhubung seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah van ketika sedang melintas jalan di persimpangan Jalan Kuchai Maju.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) kini memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan insiden melibatkan sebuah van Rapid KL On-Demand (Taman OUG - Kuchai Lama) dengan seorang pejalan kaki di Jalan Kuchai Maju pada 14 September lepas.

Rapid Bus dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pemandu yang terbabit telah digantung tugas serta-merta sementara siasatan dijalankan.

"Kami memahami keresahan orang ramai susulan kejadian berkenaan dan merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa atas kehilangan yang dialami,” menurut kenyataan itu.

Rapid Bus turut memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan, selain meneliti semula prosedur operasi dalaman bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi dapat dipraktikkan dalam semua perkhidmatan.

Syarikat itu juga menghargai pandangan orang ramai dan memohon agar semua pihak memberikan ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rapid Bus Sdn Bhd memberi kerjasama penuh kepada polis untuk siasat insiden van Rapid KL dengan pejalan kaki di Jalan Kuchai Maju
  • Pemandu van yang terlibat dalam insiden telah digantung tugas
  • Rapid Bus menyatakan simpati kepada keluarga mangsa
  • Keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan Rapid Bus
  • Syarikat itu meninjau semula prosedur operasi untuk tingkatkan keselamatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!