Pejalan kaki wanita maut dirempuh van

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah van ketika sedang melintas jalan di persimpangan Jalan Kuchai Maju 13 di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 26 tahun itu dilaporkan melintas berhampiran simpang tiga di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah van berwarna putih yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Zamzuri berkata, siasatan awal mendapati pemandu terbabit keluar dari simpang tiga di lokasi terbabit sebelum melanggar mangsa.

Akibat perlanggaran itu katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, pemandu van terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut selepas dirempuh van ketika melintas jalan di Kuala Lumpur
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad
  • Mangsa, wanita tempatan berusia 26 tahunmelintas berhampiran simpang tiga
  • Van putih yang dipandu lelaki berumur 25 tahun melanggar mangsa
  • Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!