Ribuan jentera Y15, Y16 dan LC135 gegar Tasek Gelugor minggu depan

Lebih 20,000 motosikal dijangka akan mengambil bahagian dalamFestival Motosikal Y15, Y16 dan LC135 pada 26 dan 27 September ini di Midtown Perda, Kubang Menerong. Foto kecil: Ku Muhamad Nazri
Lebih 20,000 motosikal dijangka akan mengambil bahagian dalamFestival Motosikal Y15, Y16 dan LC135 pada 26 dan 27 September ini di Midtown Perda, Kubang Menerong. Foto kecil: Ku Muhamad Nazri
A
A
A

TASEK GELUGOR – Lebih 30,000 pengunjung dijangka membanjiri Festival Motosikal Y15, Y16 dan LC135 pada 26 dan 27 September ini di Midtown Perda, Kubang Menerong.

Festival yang memasuki tahun keenam penganjuran itu bakal menghimpunkan lebih 20,000 motosikal dari seluruh negara, khususnya jentera Y15, Y16 dan LC135, namun tetap terbuka kepada semua pemilik motosikal.

Penganjur festival, Ku Muhamad Nazri Ku Mat berkata, festival kali ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

"Penganjuran sebelum ini mencatatkan kehadiran yang sangat memberangsangkan dalam kalangan pencinta dua roda dari dalam dan luar negara.

“Jadi kali ini kita menjangkakan sambutan yang diterima melebihi 30,000 pengunjung sepanjang dua hari festival berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.

Ku Muhamad Nazri berkata, pihaknya memberi jaminan semua aspek keselamatan dititikberatkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Festival Motosikal Y15, Y16, dan LC135 akan diadakan pada 26 dan 27 September di Midtown Perda, Kubang Menerong
  • Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir ke festival ini
  • Festival ini akan menghimpunkan lebih 20,000 motosikal dari seluruh negara
  • Acara akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
  • Keselamatan akan dititikberatkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!