Alat khas kenal pasti individu layak terima subsidi petrol tular

Alat khas digunakan untuk mengenal pasti kelayakan pengguna memperolehi subsidi bersasar petrol RON95.
Alat khas digunakan untuk mengenal pasti kelayakan pengguna memperolehi subsidi bersasar petrol RON95.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebuah alat baharu yang bakal digunakan bagi melaksanakan sistem subsidi bersasar petrol RON95 tular di media sosial selepas rakaman video mengenainya dimuat naik di Facebook Eric See To-Lim Sian See.

Video berdurasi 1 minit 13 saat itu memaparkan sesi latihan yang diberikan pembekal kepada operator stesen minyak mengenai cara penggunaan mesin berkenaan.

Menerusi rakaman tersebut, mesin itu berfungsi mengimbas MyKad pengguna untuk menentukan kelayakan mereka menikmati harga subsidi.

Paparan skrin akan menunjukkan warna biru sekiranya pelanggan layak, merah jika kuota subsidi telah habis, manakala ralat dipaparkan bagi yang tidak layak.

Selain menyemak kelayakan, alat itu juga membolehkan operator mencipta pesanan berdasarkan pam digunakan pelanggan, mengesahkan jumlah isian serta mengeluarkan resit bagi tujuan semakan dan pembayaran.

Kerajaan sebelum ini mengesahkan pelaksanaan subsidi RON95 secara bersasar dengan harga disasarkan RM1.99 seliter kepada rakyat Malaysia yang layak.

Mereka yang tidak layak akan dikenakan harga pasaran penuh selaras dengan konsep harga dua peringkat.

Sistem ini menggunakan MyKad sebagai pengesahan dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya selepas sesi latihan serta pemasangan peralatan di stesen minyak selesai.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Alat baru untuk melaksanakan sistem subsidi bersasar petrol RON95 tular di media sosial
  • Video memaparkan sesi latihan penggunaan mesin bagi operator stesen minyak
  • Mesin berfungsi mengimbas MyKad untuk menentukan kelayakan harga subsidi
  • Paparan skrin akan menunjukkan warna biru untuk pelanggan layak, merah jika kuota habis, dan ralat untuk yang tidak layak
  • Sistem menggunakan MyKad sebagai pengesahan dan dijangka dilaksanakan sepenuhnya selepas sesi latihan serta pemasangan peralatan selesai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!