'Tak berniaga tak ada duit'

Anggota penguat kuasa MBI menjalankan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan premis perniagaan.
Anggota penguat kuasa MBI menjalankan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan premis perniagaan.
A
A
A

IPOH - Kalau tak berniaga, kami tiada pendapatan.

Itu antara alasan diberikan peniaga dan penjaja di sekitar bandar raya ini hasil pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak Khamis lalu.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Wan Embong Ismail berkata, hasil pemantauan itu didapati, masih terdapat segelintir penjaja dan premis perniagaan meneruskan operasi jualan masing-masing.

Menurutnya, antara yang dapat dikesan adalah bengkel kereta, pusat jualan aksesori, kedai kek, biskut dan roti.

"Mereka memberikan alasan tidak jelas dengan perintah kawalan yang dikeluarkan namun selepas diterangkan mereka akur dan menutup operasi serta-merta.

"Bagi penjaja gerai makan pula, mereka memberi alasan sumber pendapatan akan terjejas sekiranya tidak berniaga," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini hari ini.

Anggota penguat kuasa MBI menjalankan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan premis perniagaan.
Anggota penguat kuasa MBI menjalankan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan premis perniagaan.

Beliau berkata, anggota penguat kuasa yang bertugas telah mengeluarkan arahan lisan meminta semua premis dan penjaja berkenaan mematuhi peraturan sepertimana digariskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, arahan pematuhan itu tidak melibatkan sebarang kompaun atau tindakan lanjut.

"Berbanding hari pertama pemantauan, kita nampak kes-kes seperti ini semakin berkurangan menunjukkan orang ramai mula faham perintah kawalan yang dikenakan," katanya.

Dalam pada itu, Wan Embong berkata, sepanjang tiga hari pemantauan, sebanyak 44 arahan lisan telah dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 332 premis di seluruh bandar raya berkenaan.

Menurutnya, pemantauan itu melibatkan pasar awam dan premis perniagaan antaranya di Kampung Tawas, Menglembu, Simpang Pulai, Gunung Rapat dan sekitar Ampang.

"Hari ini, sebanyak 183 premis telah diperiksa dan hanya lima arahan lisan dikeluarkan," katanya.