Suruhanjaya Eropah cadang sekatan baharu ke atas Israel

Gambar ini diambil dari kedudukan di sempadan Israel dengan Jalur Gaza, menunjukkan bangunan yang musnah di wilayah Palestin yang terkepung pada 17 September 2025. Foto AFP
Gambar ini diambil dari kedudukan di sempadan Israel dengan Jalur Gaza, menunjukkan bangunan yang musnah di wilayah Palestin yang terkepung pada 17 September 2025. Foto AFP
A
A
A

BRUSSELS - Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan sekatan tambahan terhadap Israel berhubung tindakannya di Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik jurucakapnya.

Langkah itu dijangka termasuk penggantungan beberapa faedah perdagangan di bawah perjanjian antara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel, menurut jurucakap itu.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada cadangan itu akan menerima sokongan mencukupi daripada negara anggota EU.

Cadangan terdahulu untuk menggantung pembiayaan penyelidikan setakat ini gagal memperoleh sokongan majoriti, dengan Jerman menentang langkah itu.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen minggu lalu telah membayangkan cadangan berkenaan sambil mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan majoriti memandangkan EU berpecah dalam menentukan respons terhadap pelanggaran hak asasi manusia Israel di Gaza.

Langkah baharu itu juga dijangka melibatkan penggantungan pembayaran daripada dana EU bagi kerjasama antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel melancarkan serangan darat di Gaza.

"EU secara konsisten menggesa Israel agar tidak meningkatkan operasi di Bandar Gaza.

"Tindakan ketenteraan hanya akan membawa lebih banyak kemusnahan, kematian dan perpindahan,” kata jurucakap kepada Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas.

Artikel Berkaitan:

"Kami telah jelaskan bahawa ia juga akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah pun kritikal dan membahayakan nyawa tawanan.

"Sudah tiba masanya untuk menghentikan kitaran keganasan, kemusnahan dan penderitaan ini dan ia mesti dihentikan sekarang,” katanya. - Bernama-dpa

 

 

Ringkasan AI

  • Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan sekatan tambahan terhadap Israel berhubung tindakannya di Semenanjung Gaza
  • Langkah itu termasuk penggantungan beberapa faedah perdagangan di bawah perjanjian antara EU dan Israel
  • Belum jelas sama ada cadangan itu akan menerima sokongan mencukupi daripada negara anggota EU
  • Cadangan itu diumumkan ketika tentera Israel melancarkan serangan darat di Gaza
  • EU menggesa Israel agar tidak meningkatkan operasi di Bandar Gaza dan menekankan pentingnya menghentikan kitaran keganasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!