Ketegangan meningkat, Sepanyol panggil diplomat Israel

MADRID – Kementerian Luar Sepanyol akan memanggil duta sementara Israel hari ini susulan kenyataan mengkritik Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, oleh Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar.
Sa’ar menuduh Sánchez sebagai 'anti-Semit dan pembohong' menerusi hantaran di X pada Isnin lalu, selepas Perdana Menteri Sepanyol menyatakan sokongan terhadap protes besar-besaran pro-Palestin di Madrid dan beberapa bandar lain.
Protes itu turut mengganggu beberapa peringkat utama perlumbaan berbasikal La Vuelta, termasuk peringkat terakhir.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Sepanyol menegaskan: “Hari ini, kami akan memanggil duta sementara Kedutaan Israel di Sepanyol bagi memprotes kenyataan dan sikap tidak boleh diterima oleh Menteri Luar Israel terhadap Sepanyol dan Perdana Menteri kami.”
Ini merupakan kali kedua dalam tempoh kurang seminggu Kementerian Luar Sepanyol memanggil diplomat Israel bagi membantah kenyataan rasmi kerajaan Israel.
Ketegangan diplomatik muncul ketika hubungan antara Sepanyol dan Israel semakin tegang sejak Sepanyol mengiktiraf Negara Palestin pada 2024 dan menentang tindakan Israel di Gaza, termasuk penguatkuasaan sekatan senjata.-Agensi
Ringkasan AI
- Kementerian Luar Sepanyol akan memanggil duta sementara Israel susulan kritikan terhadap Perdana Menteri Sepanyol oleh Menteri Luar Israel
- Menteri Luar Israel menuduh Perdana Menteri Sepanyol sebagai 'anti-Semit dan pembohong'
- Protes besar-besaran pro-Palestin di Madrid mengganggu perlumbaan berbasikal La Vuelta
- Kementerian Luar Sepanyol menegaskan sikap Menteri Luar Israel tidak boleh diterima
- Ketegangan diplomatik bertambah akibat pengiktirafan Sepanyol ke atas Negara Palestin dan kecaman terhadap tindakan Israel di Gaza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

