Isyarat tegas kepada Israel

Penduduk Palestin menggeledah runtuhan menara al-Ghafari selepas musnah dalam serangan udara Israel di Gaza. (Gambar kecil: Ahmad Marthada)
Penduduk Palestin menggeledah runtuhan menara al-Ghafari selepas musnah dalam serangan udara Israel di Gaza. (Gambar kecil: Ahmad Marthada)
A
A
A

SHAH ALAM – Janji Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mengaktifkan mekanisme pertahanan bersama disifatkan sebagai langkah paling dinanti-nantikan negara Islam dalam menghadapi siri serangan berterusan rejim Zionis Israel.

Pakar Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, langkah itu menandakan negara-negara Arab mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh berdiam diri atau hanya mengeluarkan kecaman tanpa tindakan susulan.

Menurutnya, memang sewajarnya negara-negara Islam di Asia Barat bersatu padu kerana tiada kerjasama merupakan antara punca utama Israel terus mencabuli kedaulatan negara-negara Islam seperti menyerang Yemen, Lubnan, Iran dan terbaharu, Qatar.

“Apabila tidak ada kerjasama antara negara Arab, Israel akan mengambil tindakan tanpa memikirkan apa kesan atau tindak balas. Kini apabila GCC bersetuju bekerjasama, ia merupakan satu pendekatan yang sangat ditunggu-tunggu.

“Israel sebelum ini tetap berani melancarkan operasi termasuk serangan ke atas Iran kerana tiada keputusan konkrit diambil negara Arab walaupun terdapat kritikan.

“Serangan terbaru di Qatar membuktikan Zionis langsung tidak mempedulikan status negara tersebut sebagai sekutu rapat Amerika Syarikat. Apabila Qatar yang ada pangkalan Amerika pun diserang, ia menunjukkan Israel tidak memikirkan kesan serangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Sidang Kemuncak Tergempar Pemimpin Negara Arab dan Islam yang diadakan di Doha pada Isnin bagi mengecam serangan Israel terhadap pemimpin Hamas di ibu negara Qatar yang digelar sebagai tindakan pengecut.

Walaupun tiada janji konkrit untuk mengambil tindakan balas, hasil paling ketara sidang berkenaan ialah komitmen GCC yang merangkumi enam negara anggota iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu untuk mengaktifkan mekanisme pertahanan bersama dalam menghadapi kebimbangan keselamatan serantau.

Tambah Ahmad Marthada, keputusan itu dibuat ekoran kebimbangan bahawa mungkin negara lain akan menjadi sasaran sekiranya didakwa melindungi pimpinan Hamas, selepas serangan ke atas Qatar.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • GCC berjanji untuk mengaktifkan mekanisme pertahanan bersama dianggap langkah penting oleh negara Islam
  • Negara-negara Arab mula sedar pentingnya tindakan bersama dan bukan hanya kecaman
  • Kesatuan negara-negara Islam di Asia Barat dilihat vital untuk mengekang tindakan Israel
  • Serangan Israel ke atas negara-negara seperti Qatar menunjukkan keperluan kerjasama pertahanan
  • Komitmen GCC melibatkan enam negara anggota untuk mengaktifkan pertahanan bersama adalah hasil utama sidang kemuncak di Doha

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!