Negara Islam perlu terus kuat, bersatu menentang Israel - Anwar

Anwar ketika berucap pada Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh pada Selasa. Foto Bernama
Anwar ketika berucap pada Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PERMATANG PAUH - Dunia Islam perlu terus kuat dalam mendepani kekejaman dan kezaliman Zionis Israel yang terus menindas rakyat Palestin sehingga kini.

Gesaan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas rejim Zionis itu terus bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila sanggup menyerang negara jiran, Qatar.

Menurutnya, adalah wajar semua negara Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel yang menindas rakyat.

“Dunia Islam perlu membina seluruh kekuatan dalam mengukuhkan ekonomi, pertahanan dan perjuangan agama supaya tidak sesekali ditindas.

“Dalam ucapan saya di depan raja-raja dan ketua-ketua negara Arab, negara Islam satu dunia, saya katakan jangan kita akui, jangan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan jangan berdagang, jangan berkawan dengan negara zalim yang menindas rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Anwar menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha baru-baru ini.

Sidang kemuncak itu turut dihadiri pemimpin negara-negara Islam termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Palestin, Mahmud Abbas; dan Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dunia Islam perlu terus kuat melawan kekejaman Zionis Israel yang menindas rakyat Palestin
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru negara Islam untuk tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel
  • Anwar Ibrahim menggesa dunia Islam untuk memperkuat ekonomi, pertahanan, dan perjuangan agama
  • Beliau menyatakan pendirian ini semasa berucap di Himpunan Pendekar Madani di Politeknik Seberang Perai
  • Anwar menghadiri sidang kemuncak di Qatar yang dihadiri oleh pemimpin negara-negara Islam termasuk Turkiye dan Jordan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!