Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Guar Perahu

BUKIT MERTAJAM - Lebih 50 rumah di beberapa kawasan perumahan di sekitar Guar Perahu, di sini, terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi.
Bagaimanapun, setakat 8.45 malam ini, tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat hujan lebat bermula jam 4.30 petang itu.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Tengah, Kapten (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6 petang.
"Lebih 50 rumah di Taman Guar Perahu Indah, Taman Guar Perahu dan Padang Temusu dilanda banjir kilat dengan air dan selut memasuki rumah hingga paras 0.5 meter.
"Tiga kereta turut terperangkap dan pihak APM sedang menjalankan pemantauan bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata, pihak APM akan mengambil langkah memindahkan penduduk sekiranya situasi semakin buruk dan penduduk diminta menghubungi pasukan penyelamat jika berlaku kecemasan. - Bernama
Ringkasan AI
- Lebih 50 rumah di beberapa kawasan perumahan di Guar Perahu terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat
- Tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat 8.45 malam
- APM menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6 petang
- Banjir kilat menyebabkan air dan selut memasuki rumah hingga paras 0.5 meter
- Tiga kereta terperangkap dan APM menjalankan pemantauan bagi keselamatan penduduk
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
