Rakyat Palestin tunggu nasi lemak rendang

Hantaran pengguna Tiktok dengan nama Muntsir anak Gaza menarik perhatian apabila menitip pesan kepada para sukarelawan supaya tidak lupa membawa nasi lemak berlaukkan rendang.
Hantaran pengguna Tiktok dengan nama Muntsir anak Gaza menarik perhatian apabila menitip pesan kepada para sukarelawan supaya tidak lupa membawa nasi lemak berlaukkan rendang.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam kesibukan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza, hantaran seorang lelaki di TikTok menarik perhatian apabila menitip pesan kepada para sukarelawan supaya tidak lupa membawa nasi lemak berlaukkan rendang.

Pengguna Tiktok dengan nama Muntsir anak Gaza itu, juga menanti sebarang bantuan yang dibawa peserta misi untuk membantu anak-anak Gaza.

"Salam dari Gaza, Sumud Nusantra, jangan lupa bawa nasi lemak rendang untuk saya.

"Sumud Nusantara, kita semua dekat Gaza, budak kecil, warga emas semua rakyat tunggu apa yang dibawa untuk kita. Insya-ALLAH berjaya sampai dekat sini, kita tunggu," katanya dalam dua hantaran berbeza di platform tersebut.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang berbesar hati menyimpan bekalan produk makanan nasi lemak rendang siap masak yang kebetulan dibawa bersama dalam misi GSF.

Menerusi perkongsian di Thread pada 7 September lalu, produk tersebut asalnya dibawa sebagai bekalan sendiri.

"Asalnya bawa untuk makan sendiri. Tiba-tiba ternampak video lelaki dari Gaza kata teringin nak makan nasi lemak. Dia siap spesifikkan nasi lemak rendang ya. Macam tahu tahu je saya ada bawa satu.

"Jadi, saya simpankan untuk beliau kalau ada rezeki jumpa nanti. Doakan!," tulisnya.

Misi GSF merangkumi lebih 40 kapal dengan penyertaan lebih 800 aktivis dari 44 negara, termasuk tokoh hak asasi manusia, doktor dan sukarelawan kemanusiaan, lapor media Al Jazeera.

Artikel Berkaitan:

Misi tersebut mengulangi usaha antarabangsa terdahulu untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada Gaza, walaupun berdepan risiko dihalang atau diserang tentera laut Israel.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!