Guna identiti pempengaruh, pembantu raih RM623,766 tip

Koleksi gmbar menunjukkan Jiang dalam pelbagai gaya, berpura-pura menjadi orang lain
Koleksi gmbar menunjukkan Jiang dalam pelbagai gaya, berpura-pura menjadi orang lain
A
A
A

BEIJING – Seorang pembantu peribadi kepada pempengaruh fesyen terkenal di China didakwa menyamar menggunakan identiti majikannya sebelum meraih pendapatan lumayan mencecah AS$158,000 (kira-kira RM623,766) hasil tip siaran langsung.

Pempengaruh dikenali sebagai Chen Xin yang memiliki hampir tiga juta pengikut di media sosial mendedahkan, pembantunya selama enam tahun telah mencuri identiti serta bahan kandungannya untuk membina persona palsu sebagai wanita kaya dan pelajar di Harvard Medical School.

Menurut Chen, wanita berkenaan dikenali sebagai Jiang, menggunakan kata laluan rumah dan akaun peribadinya untuk memasuki kediaman tanpa kebenaran sebelum memakai pakaian, termasuk stoking serta pakaian tidur miliknya bagi tujuan fotografi dan kandungan media sosial.

Lebih mengejutkan, suspek turut menggunakan gambar yang tidak pernah disiarkan Chen dan memanipulasinya dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), menggantikan tubuh asal kepada dirinya sendiri bagi menghasilkan imej seolah-olah kehidupan mewah di luar negara.

Siasatan mendapati wanita Jiang sebenarnya berpangkalan di wilayah Zhejiang dan tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara.

Bagaimanapun, dia didakwa memuat naik gambar pelajar luar negara yang dicuri serta menukar alamat protokol internet (IP) bagi mengelirukan pengikut kononnya menetap dan belajar di Amerika Syarikat.

Dengan identiti palsu itu, suspek menganjurkan sesi siaran langsung bertemakan 'perkembangan wanita bijak' pada Januari lalu dan berjaya menarik penonton sehingga menerima tip mencecah 1.14 juta yuan (RM647,441).

Perkara tersebut akhirnya terbongkar selepas Chen mengetahui kewujudan akaun media sosial Jiang dari seorang penguna yang menghubunginya.

Malah menurut pengguna itu, Jiang mendakwa dirinya adalah adik Chen selepas beberapa orang melihat rumah Chen dalam gambarnya.

Artikel Berkaitan:

Kes itu kini dalam perhatian pihak berkuasa. - Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Pembantu peribadi kepada pempengaruh fesyen China menyamar menggunakan identiti majikannya meraih AS$158,000 hasil tip siaran langsung
  • Pembantu selama enam tahun mencuri identiti dan bahan kandungan majikannya untuk membina persona sebagai wanita kaya dan pelajar Harvard Medical School
  • Menggunakan kata laluan rumah dan akaun peribadi majikannya untuk memasuki kediaman dan memakai pakaian majikannya tanpa kebenaran
  • Suspek menggunakan gambar majikannya yang tidak pernah disiarkan dan memanipulasikannya dengan teknologi AI untuk menghasilkan imej kehidupan mewah
  • Kes bongkar setelah Chen diberitahu oleh pengguna tentang kewujudan akaun media sosial Jiang yang mendakwa dirinya sebagai adik Chen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!