Tanah runtuh: Dua lagi dilaporkan tertimbus

PAPAR - Dua individu dilaporkan tertimbus akibat tanah runtuh dan usaha membawa keluar mangsa sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat di Kampung Mook, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dilaporkan berlaku tanah runtuh yang menghempap tiga rumah di kawasan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Papar.
"Sebaik tiba, dua mangsa dilaporkan tertimbus namun telah ditemui oleh pasukan bomba.
"Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.
Ringkasan AI
- Dua individu tertimbus akibat tanah runtuh di Kampung Mook, Papar
- Tanah runtuh pada jam 9.30 pagi, menghempap tiga rumah
- BBP Papar menerima panggilan tentang kejadian pada jam 10.02 pagi
- Sembilan anggota termasuk Pasukan Storm dikejarkan ke lokasi
- Operasi membawa keluar mangsa oleh pasukan bomba sedang dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
