Anjing pengesan bantu cari mangsa tertimbus runtuhan batu kuari

Anjing pengesan digunakan untuk mencari seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan batu di sebuah kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan pada Isnin. Foto JBPM Pahang.
Anjing pengesan digunakan untuk mencari seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan batu di sebuah kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan pada Isnin. Foto JBPM Pahang.
A
A
A

RAUB – Bantuan dua ekor anjing pengesan digunakan untuk mencari seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan batu di sebuah kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan di sini pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga turut melibatkan satu anjing pengesan daripada Unit K9 JBPM Zon 3 dan satu lagi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, dua jentera ekskavator digunakan bagi membuka laluan dan memudahkan pasukan SAR bergerak di kawasan berbatu.

“Semalam (Ahad), pencarian dilakukan seluas kira-kira 4.6 meter persegi, manakala hari ini ia diperluaskan lagi sebanyak 4.6 meter persegi.

"Pasukan terlibat turut menggunakan peranti 'monitoring telemeter' daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengesan sebarang pergerakan batu dan memastikan keselamatan anggota,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin

Operasi mencari seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan batu di sebuah kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan pada Isnin. Foto JBPM Pahang
Operasi mencari seorang mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan batu di sebuah kuari di Ulu Gali, Sungai Ruan pada Isnin. Foto JBPM Pahang

Zulfadli berkata, operasi itu disertai 79 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, polis, APM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (PMC), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Mineral serta pekerja kuari.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemandu jengkaut dikhuatiri tertimbus selepas jentera berat kendaliannya dihempap runtuhan batu kuari pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, tiga pekerja kuari warga asing terselamat.

Usaha mencari mangsa, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, beralamat di Tanah Merah, Kelantan, sedang giat dijalankan.

Ringkasan AI

  • Bantuan dua ekor anjing pengesan digunakan untuk mencari mangsa tertimbus di Kuari Ulu Gali, Sungai Ruan
  • Operasi mencari dan menyelamat hari ketiga melibatkan anggota JBPM dan PDRM
  • Dua jentera ekskavator digunakan untuk membuka laluan dan memudahkan pasukan SAR
  • Operasi disertai 79 anggota dari pelbagai agensi termasuk BBP Raub, polis, APM, dan PMC
  • Mangsa yang dicari, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, berumur 30 tahun dari Tanah Merah, Kelantan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!