43 penduduk Kampung Jimah Lama terjejas banjir

Kawasan yang dinaiki air susulan hujan lebat berserta ribut pada malam Ahad. Foto APM
Kawasan yang dinaiki air susulan hujan lebat berserta ribut pada malam Ahad. Foto APM
A
A
A

PORT DICKSON - Seramai 43 penduduk Kampung Jimah Lama, Siliau di sini diarah berpindah selepas kediaman mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat berserta ribut yang melanda kawasan itu pada malam Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, arahan pengosongan dikeluarkan seawal jam 6 pagi Isnin selepas laporan diterima jam 5 pagi.

Mangsa banjir melibatkan 27 dewasa dan 16 kanak-kanak dengan tiga keluarga telah berpindah . Foto APM
Mangsa banjir melibatkan 27 dewasa dan 16 kanak-kanak dengan tiga keluarga telah berpindah . Foto APM

“Mangsa terjejas membabitkan 27 dewasa dan 16 kanak-kanak, namun setakat ini hanya tiga keluarga telah berpindah.

"Pusat pemindahan sementara (PPS) rasmi belum dibuka dan buat sementara waktu semua mangsa ditempatkan di Balairaya Kampung Jimah Lama," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, ketika ini hujan telah berhenti dengan paras air dilaporkan mulai menurun secara berperingkat.

Bagaimanapun pihaknya masih melakukan pemantauan rapi di lokasi bagi siap siaga hadapi sebarang kemungkinan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 43 penduduk Kampung Jimah Lama di Port Dickson diarah berpindah akibat banjir
  • Arahan pengosongan dikeluarkan pada jam 6 pagi Isnin berikutan hujan lebat dan ribut
  • Mangsa banjir melibatkan 27 dewasa dan 16 kanak-kanak dengan hanya tiga keluarga telah berpindah
  • Pusat pemindahan sementara di Balairaya Kampung Jimah Lama belum dibuka secara rasmi
  • Hujan telah berhenti dan paras air dilaporkan mulai menurun tetapi pemantauan terus dilakukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!