Berang ditegur merokok, lelaki serang pasangan suami isteri

Tular kejadian seorang lelaki bertindak menyerang pasangan suami isteri selepas berang ditegur kerana merokok dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam.
Tular kejadian seorang lelaki bertindak menyerang pasangan suami isteri selepas berang ditegur kerana merokok dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak menyerang pasangan suami isteri selepas ditegur kerana merokok dalam sebuah restoran di Seksyen 13 di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa yang merupakan wanita hamil bersama suaminya tidak selesa dengan tindakan suspek yang merokok di meja berdekatan.

Beliau berkata, mangsa kemudian meminta pekerja restoran menegur perbuatan suspek itu namun tidak diendahkan.

"Selepas tiga kali ditegur oleh suami mangsa, suspek bangun dan menghampiri pasangan berkenaan.

"Suspek kemudian didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, mangsa sempat merakam kejadian kerana bimbang suaminya dicederakan.

Suspek didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran.
Suspek didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran.

"Suspek kemudian bertindak menepis tangan mangsa mengakibatkan telefon bimbit mangsa terjatuh.

Artikel Berkaitan:

"Insiden itu bertukar menjadi aksi tolak-menolak sebelum suspek beredar meninggalkan restoran yang ketika itu dipenuhi pelanggan," katanya.

Menurutnya, siasatan di lokasi mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rafiah Isa di talian 012-3770327 bagi membantu siasatan," katanya.

Sebelum ini tular kejadian seorang lelaki bertindak menyerang pasangan suami isteri selepas berang ditegur kerana merokok dalam kejadian di sebuah restoran di sini.

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki menyerang pasangan suami isteri setelah ditegur merokok di restoran Shah Alam
  • Pasangan tersebut tidak selesa dan meminta pekerja restoran menegur si perokok yang tidak mengendahkan teguran
  • Setelah ditegur tiga kali, suspek menghembus asap rokok ke arah mangsa yang sedang hamil dan berlaku pertengkaran
  • Mangsa sempat merakam kejadian sebelum telefonnya ditolak oleh suspek hingga terjatuh
  • Kejadian itu direkam oleh CCTV dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!