Pemuda maut langgar batu longkang

Keadaan motosikal mangsa. - Foto: IPD Kota Tinggi
Keadaan motosikal mangsa. - Foto: IPD Kota Tinggi
A
A
A

KLUANG - Seorang pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar benteng batu longkang di Jalan Besar di sini pada awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.40 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

"Siasatan mendapati motosikal terbabit ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun datang dari arah Yap Tau Sah menghala ke Taman Sri Kluang.

"Ketika tiba di tempat kejadian motosikal tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar benteng batu longkang.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, menurut Bahrin, mangsa kemudiannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah HEBHK.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222, 07-7766822 (hotline), 07-7784256 (direct line) atau 014-365682 (tablet DCC)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pemuda maut akibat motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar benteng batu longkang di Jalan Besar Kluang pada awal pagi Ahad
  • Kejadian berlaku pada jam 2.40 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR
  • Mangsa, lelaki tempatan berusia 21 tahun, datang dari arah Yap Tau Sah menghala ke Taman Sri Kluang dan hilang kawalan motosikal
  • Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom
  • Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk menghubungi balai polis berhampiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!