Wanita didakwa ceroboh bilik Ketua Polis Daerah Kuala Pilah

Tertuduh mengaku tidak bersalah menceroboh masuk bilik pejabat Ketua Polis Daerah Kuala Pilah dalammkejadian Julai lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah menceroboh masuk bilik pejabat Ketua Polis Daerah Kuala Pilah dalammkejadian Julai lalu.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menceroboh masuk bilik pejabat Ketua Polis Daerah Kuala Pilah pada Julai lalu.

Tertuduh, Siti Aminah Mahmed, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Mengikut pertuduhan, Siti Aminah didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik Superintenden Muhamad Mustafah Hussin tanpa kebenaran dan alasan munasabah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 23 Julai 2025, jam 4.55 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memaklumkan baharu sahaja mendapat pekerjaan dan tidak mampu membayar wang jaminan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 September 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!