Wanita maut, motosikal rempuh kerbau

Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas dipercayai melanggar kerbau di Jalan Kampung Alor Parit, Kuala Terengganu, awal pagi Ahad.
Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas dipercayai melanggar kerbau di Jalan Kampung Alor Parit, Kuala Terengganu, awal pagi Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor kerbau di Jalan Kampung Alor Parit di sini awal pagi Ahad.

Mangsa, Siti Nur Zainatul Akmal Hanim Muhammad Hanipah, 20, dari Bukit Payong di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.10 pagi ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda Beat dari arah bandar Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Kampung Undang.

"Hasil siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah melanggar seekor binatang yang dipercayai kerbau yang berada di tengah jalan sebelum dia terjatuh.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurutnya, motosikal tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sementara keadaan jalan ketika kejadian merupakan satu lorong dua hala tanpa lampu jalan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya merempuh kerbau di Kuala Terengganu
  • Mangsa bernama Siti Nur Zainatul Akmal Hanim Muhammad Hanipah meninggal di lokasi kejadian
  • Kemalangan berlaku awal pagi jam 3.10 di Jalan Kampung Alor Parit
  • Siasatan awal mendapati motosikal melanggar kerbau yang berada di tengah jalan
  • Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!