PKNS lancar Kempen ‘Buy & Win’, menangi ganjaran RM100,000

Kempen tersebut adalah tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong projek-projek kediaman PKNS.
Kempen tersebut adalah tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong projek-projek kediaman PKNS.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan Kempen ‘Buy & Win’ bermula 1 September hingga 30 November ini dengan tawaran ganjaran eksklusif bernilai hingga RM100,000.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran PKNS, Fadli Mohd Ariff berkata, kempen tersebut adalah tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong projek-projek kediaman PKNS.

“Selain memiliki rumah berkualiti dengan nilai terbaik, 30 pembeli terawal yang menandatangani perjanjian jual beli hartanah terpilih juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif,” katanya.

Melalui kempen berkenaan, PKNS memperkenalkan dua peluang istimewa iaitu PKNS Homes Beli Terus Onz! dan PKNS Homes Big Bonus untuk projek sedia diduduki atau masih dalam projek pembinaan sekitar Lembah Klang.

Bukan sahaja jongkong emas, jam tangan Apple Watch Series 10, iPad, permainan video Sony PlayStation 5 dan pakej percutian eksklusif menanti pembeli bertuah sepanjang kempen.

Selain itu, 10 pemenang akan dipilih setiap bulan berdasarkan prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’ dari September hingga November, dengan pengumuman rasmi melalui media sosial PKNS Homes bermula Oktober hingga Disember depan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan Kempen 'Buy & Win' dari 1 September hingga 30 November dengan ganjaran bernilai hingga RM100,000
  • Kempen ini sebagai penghargaan kepada pelanggan yang menyokong projek kediaman PKNS
  • 30 pembeli terawal menandatangani perjanjian jual beli hartanah terpilih berpeluang menang hadiah eksklusif
  • Kempen menawarkan dua peluang istimewa iaitu PKNS Homes Beli Terus Onz! dan PKNS Homes Big Bonus untuk projek di Lembah Klang
  • Hadiah termasuk jongkong emas, Apple Watch Series 10, iPad, Sony PlayStation 5, dan pakej percutian, 10 pemenang dipilih setiap bulan dari September hingga November

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!