Dari latihan peribadi ke kanvas gergasi

Reena bersama karya monumentalnya yang berjudul “Tunas Triptych”, kisah tentang permulaan, pertumbuhan dan harapan.
Reena bersama karya monumentalnya yang berjudul “Tunas Triptych”, kisah tentang permulaan, pertumbuhan dan harapan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setahun yang lalu, Reena M tidak pernah membayangkan karyanya akan dipamerkan di ruang berprestij Balai Seni Negara, apatah lagi dalam bentuk sebuah kanvas bersaiz 4x12 kaki.

Bermula sebagai latihan peribadi untuk mencari damai dan mengimbangi emosi, kini membawanya ke pentas pameran Merdeka Suka Cipta 2025, Art Pacak bertemakan 'Bermula Di Sini'.

“Bagi saya, seni adalah ruang bernafas. Ia mungkin bermula kecil sebagai satu perjalanan peribadi tetapi kali ini saya mencabar diri dengan kanvas terbesar pernah saya hasilkan.

"Saiz 4x12 kaki ini bukan sahaja cabaran teknikal, tetapi juga cabaran emosi. Saya tidak pernah menjangka ia akan membawa saya sehingga ke sini,” kata Reena kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bukan sekadar sebuah lukisan tetapi satu refleksi akar budaya dan perjalanan ke hadapan sebagai rakyat Malaysia.
Bukan sekadar sebuah lukisan tetapi satu refleksi akar budaya dan perjalanan ke hadapan sebagai rakyat Malaysia.

Karya monumental itu berjudul “Tunas Triptych”, kisah tentang permulaan, pertumbuhan dan harapan.

Menggabungkan bentuk geometri, inspirasi songket Melayu dan bunga raya, karya ini bukan sekadar sebuah lukisan tetapi satu refleksi akar budaya dan perjalanan ke hadapan sebagai rakyat Malaysia.

Reena turut menyampaikan penghargaan mendalam kepada Balai Seni Negara dan Rantai Art kerana memberi peluang untuk berdiri sebaris dengan nama-nama besar dalam dunia seni tempatan.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun tidak meraih kedudukan utama. Saya benar-benar berterima kasih kerana diberi ruang untuk berkongsi suara saya di antara bakat-bakat hebat lain.

Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, Reena berharap kisahnya dapat memberi inspirasi.
Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, Reena berharap kisahnya dapat memberi inspirasi.

"Bagi saya, ini bukan sekadar lukisan. Ia adalah doa, keberanian, dan cabaran diri saya pada kanvas terbesar yang pernah saya hasilkan yang kini dapat dikongsi dengan khalayak ramai,” katanya.

Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, Reena berharap kisahnya dapat memberi inspirasi.

“Kalau seni boleh membawa saya dari ruang kecil di rumah ke Balai Seni Negara, saya percaya setiap orang boleh menemui kekuatan mereka melalui apa sahaja bentuk ekspresi. Jangan takut untuk bermula," katanya.

Merdeka Suka Cipta 2025 Art Pacak kini berlangsung dari 12 hingga 14 September di Balai Seni Negara, menampilkan karya-karya hebat daripada pelbagai artis tempatan serta aktiviti kesihatan dan komuniti, bengkel seni, jualan produk seni, persembahan pentas serta pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga.

No Image Caption

Untuk maklumat lanjut mengenai karya, pelesenan, atau tempahan hubungi donebyreena@gmail.com

Ringkasan AI

  • Reena M tidak pernah membayangkan karyanya akan dipamerkan di Balai Seni Negara
  • Karya "Tunas Triptych" menggabungkan bentuk geometri, inspirasi songket Melayu dan bunga raya
  • Merupakan refleksi akar budaya dan perjalanan ke hadapan sebagai rakyat Malaysia
  • Reena menyampaikan penghargaan kepada Balai Seni Negara dan Rantai Art
  • Harapan Reena agar kisahnya memberi inspirasi kepada orang lain untuk menemui kekuatan mereka melalui seni

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!