UMANY desak program matrikulasi dimansuh, STPM jadi piawaian tunggal

Dari kiri: Bendahari UMANY, Koo Wei Ling; Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kanan KPT, Dayang Norakma Shaharuddin; Yi Ze dan Ketua Media UMANY, Wong Pynven ketika menyerahkan aduan kepada kementerian itu di Putrajaya pada Jumaat.
Dari kiri: Bendahari UMANY, Koo Wei Ling; Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kanan KPT, Dayang Norakma Shaharuddin; Yi Ze dan Ketua Media UMANY, Wong Pynven ketika menyerahkan aduan kepada kementerian itu di Putrajaya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan menjadikan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam (UA) bagi jurusan ijazah.

Presidennya, Tang Yi Ze berkata, ini kerana pihaknya mendapati silibus STPM terbukti lebih baik selain lebih mencabar dan turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk universiti ternama dunia.

"UMANY telah menyerahkan aduan-aduan yang diterima berhubung ketidakadilan dalam sistem Unit Pusat universiti (UPU) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

"Berdasarkan aduan tersebut, UMANY mengenal pasti tiga masalah utama dan mendesak pihak kementerian untuk mengambil serius dan segera melaksanakan reformasi demi mencapai pembaharuan pendidikan yang sebenar serta keadilan dalam sistem pendidikan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yi Ze berkata, ramai pelajar STPM yang cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) masih gagal mendapat tempat dalam kursus pilihan mereka.

Sebagai contoh katanya, seorang pelajar dengan PNGK 4.0 dan markah kokurikulum 9.45 hanya ditawarkan pilihan kelapan dalam sistem UPU manakala tiga pilihan utama tidak dipertimbangkan.

"Silibus STPM jauh lebih mencabar dan ketat berbanding program matrikulasi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Namun pelajar STPM terpaksa bersaing di platform yang sama dengan sejumlah besar pelajar matrikulasi, sekali gus mewujudkan ketidakadilan struktur.

"Keadaan ini jelas merupakan satu bentuk peminggiran sistematik terhadap pelajar STPM," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu Yi Ze berkata, tanggapan bahawa memasuki matrikulasi pasti dapat kursus pilihan tidak lagi relevan ekoran pelaksanaan tergesa-gesa dasar '10A' oleh kerajaan terdahulu.

Dasar ini katanya, menyebabkan bilangan pelajar cemerlang yang memasuki program matrikulasi melonjak, namun kuota universiti tidak ditambah.

"Sebagai universiti awam terkemuka negara, UM juga sepatutnya memansuhkan dasar kemasukan terus dan menyatukan semua kemasukan pelajar tempatan melalui UPU.

"Apabila pelajar cemerlang Asasi terpaksa bergantung kepada saluran tersebut yang lebih mahal untuk menyambung pengajian, ini menunjukkan bahawa UM sebenarnya bermotif 'menjual' tempat kemasukan universiti awam pada kadar yuran yang tinggi.

"Oleh itu UMANY menggesa KPT segera mendedahkan sepenuhnya mekanisme serta data pengagihan sistem UPU agar pelajar jelas memahami sebab mereka ditawarkan kursus tertentu," tegasnya.

 

Ringkasan AI

  • UMANY menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan piawaian tunggal masuk UA
  • Silibus STPM lebih baik, mencabar dan diiktiraf antarabangsa
  • UMANY mengemukakan aduan tentang ketidakadilan sistem UPU ke KPT
  • STPM lebih mencabar berbanding matrikulasi namun pelajar STPM menghadapi ketidakadilan penerimaan UA
  • UMANY mendesak KPT transparan dalam mekanisme dan data pengagihan sistem UPU

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!